Monday 19 June 2017

5 Sebab Mengapa Wanita Lambat Bersiap

Source of Pic: Google Image
 
Gatal betul hati Cik Bulan mau kongsi sebab2 kaum Hawa ni lambat bersiap. Kalau kaum lelaki terima mesej 'on the way' dari gf/kawan pompuan dia tu mungkin wanita tersebut baru siap pakai losyen di kaki. Ataupun baru siap melaksanakan manicure pedicure.
 
Naaah, mari sini, Cik Bulan explain atau kongsi sket apa faktor2 yang menyumbang kepada kelambatan kaum perempuan bersiap untuk keluar bertemu janji, keluar tengok wayang, atau sekadar pegi membeli di bazar Ramadan.
 
1) Mandi Bunga
Tahukah anda bahawa cara perempuan mandi ni ada unik sket? Kalau Cik Bulan, Cik Bulan akan start dengan cuci gigi dulu, cuci muka then urut2 then cuci muka 2nd round balik sebab rasa tidak bersih, then barulah cuci rambut, pastu barulah mandi secara keseluruhan. Sebelum selesai, sempat buat hair treatment and scalp treatment lagi, tu belum scrub badan tu? Semuanya bergantung kepada kretiviti setiap wanita yang ada didunia ini.
 
Source of Pic: Google Image
 
 
2) Kening
Yeaaahhh, itu diaaaa!!! Masalah kening disituuuu! since our eyebrows are sisters not twins, oleh itu kaum2 jelitawan ini haruslah menjadikan kening mereka sekurang2nya kelihatan seperti adik-beradik! gigih tau uolsss, Cik Bulan lukis kening niii, siap pakai pita pengukur lagi bagi dia nampak balance. Then calit2 pakai concealer kaver bahagian yang tidak rata tu.So, ni salah kening atau salah Cik Bulan??!
 
 
Source of Pic: Google Image
 
3) Rambut
FYI, wanita2 yang berambut panjang ni ada sedikit masalah sekiranya rambut beliau basah dan kebetulan ada date/appointment diluar sana. Sesungguhnya mereka2 inilah yang melariskan blower2 atau hair dryer dikedai eNoveal dan Beauty Wonderland yang terletak Center Point Mall. Tokey2 kedai, anda harus berterima kasih kepada golongan2 seperti ini! Yalah, kalau keluar rambut masih terlalu basah, serabai pula kan? Kalau tidak cuci, dan seterusnya mengeluarkan bau2 bacang, siapa yang tanggung?? Yang ni belum cerita, kalau terkena lagi perempuan yang memiliki gaya keunggulan yang sangat tinggi, macam2 style rambut dia boleh buat. Contohnya rambut curl, rambut tocang, rambut lipat sana lipat sini, gapit sana gapit situ. Macam2 lah. Cer gugel.
 
Source of Pic: Google Image
 
 
4) Pakaian
Part ni mencabar minda sket. Seolah2 menyelesaikan soalan kertas 2 AddMath, chapter 5 topic Calculus. Pemilihan baju tu boleh buat kepala pusing. Contohnya dari segi pemilihan warna, kesesuaian janji temu, jenis material sama ada kain sejuk or panas (sebab nanti kalau pakai baju tebal di musim panas silap2 kena serangan strok haba), then lain lagi mau fikirkan kesesuaian alas kaki yang dipakai kan?*Hurmm, jap. Cik Bulan pilih dulu heels mana yang sesuai untuk dinner malam ni*
 
Source of Pic: Google Image
 

5) Anak
Hepppppppp3???!! Cik Bulan salah taip kerrr niii? Why anak? Yaaa, bapak2 sekalian, silalah tolong isteri memasing dalam hal ehwal anak ni kan. Janganlah dikasi biar si isteri sibuk melulu pastu lakinya rilek2 besiap2 pastu sempat isap cerut lagi kan? Kalau sudah plan mau keluar, setelah si isteri siap mandikan anak, ada moleknya kalau lakinya itu tolong sediakan pakaian untuk anak2 pula kan? Bahagikan tugas supaya boleh keluar ontime tanpa gaduh2, marah2, mahupun adegan bermasam muka. Eh? terkasi nasihat pula tetiba!
 
Source of Pic: Google Image
 
 
Kesimpulannya, masih banyak faktor lain yang menyumbang kepada kelambatan para wanita untuk bersiap dikala adanya temu janji. So, hargailah kegigihan mereka kerana sesungguhnya untuk mendapatkan pencil warna kegemaran khas untuk lukis kening, beliau sanggup pusing banyak2 kedai semata2 untuk mendapatkan pensel kegemaran beliau. Sekian.
 
*Disclaimer: Bukan semua wanita bersifat seperti diatas.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
With Luv,
Cik Bulan
0128137087

5 comments:

  1. Hahahaha.... Betul tu, banyak faktor yang membuatkan wanita lambat bersiap... Bukan saja² nak lambat tau!!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha...betul tu, lagi2 klu ada anak suda..mmng lamabt

    ReplyDelete
  3. Info yg menarik..mcm kena sy oo😂

    ReplyDelete
  4. Ya betul tu bukan semua bersifat begini. Kalau lambat macam ni tak teruruslah rumah nanti..��

    ReplyDelete
  5. Ala... Kakyan ni cpt je siap.. tak berapa nak mekap kan... maklum la anak 6 lelaki

    ReplyDelete