Thursday 6 July 2017

Tips Elak Kaki Berbau Busuk


"Euwwww, baunya kaki!!???"

Haaaaaa, nda ko tersinggung tu??? Tapi sila faham perasaan orang yang menghidu bau kaki uols tu pun turut sengsara menahan derita akibat bau kaki ko~~

Mari sini Cik Bulan bagi tips atau petua mengatasi masalah bau kaki. Asal pakai kasut jak mesti bau kaki? Mau tips? Jom baca infos bawah ni.

1) Bersih
Sebelum pakai kasut, sila pastikan kaki kita dibersihkan dulu. Elakkan memakai kasut dengan kaki yang banyak kotoran. Itu boleh membuatkan kuman mudah terkumpul, lebih-lebih lagi kalau kena peluh. 

2) Stokin
Seboleh-bolehnya pakai kasut yang bertutup ni dengan stokin. Kenapa? Sebab stokin ni bantu serap kotoran dan bau-bau yang kurang menyenangkan dari kaki, dan elakkan bau kaki melekat pada kasut. Lagi pun stokin ni ko boleh tukar atau pakai stokin yang berbeza hari-hari. Senang sket cuci.

3) Kasut
Selain kebersihan kaki, kasut juga kena sentiasa bersih. Maksudnya, rajin-rajinlah cucu kasut memasing. Banyak germs kuman-kuman dan peluh kaki menyebabkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan pada kasut. Jangan malas cuci kasut yer?? *Ehem, peringatan untuk Cik Bulan sendiri juga tau*

4) Detox
Andakah anda tahu bahawa punca kaki yang sangat berbau juga disebabkan oleh masalah toksin yang terkumpul dalam badan? Toksin akan keluar melalui peluh di kawasan kaki semasa memakai kasut. Dan sekiranya tips 1, 2, dan 3 diatas tidak dilaksanakan, akan menggalakkan lagi masalah bau kaki terjadi. So pasni bolehlah buat detox kalau ada masalah bau kaki yang kerap ya?


Baiklah, dipendekkan cerita, rajin-rajinkanlah mrnjaga kebersihan kaki dan kasut kalau mau elak bau kaki. Sekian.


Semoga bermanfaat.


With Luv,
Cik Bulan
0128137087

7 comments:

  1. Faham benar perasaan orang yang kena hidu kaki yang berbau tu.

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang orang yang ada masalah begini tak perasan dengan bau kaki sendiri sebab mereka dah sebati.. Jadi orang terdekat seperti kawan baik boleh bagi tau dengan elok, tanpa menyinggung perasaan.

    ReplyDelete
  3. Memang busuk ..tau...
    JAGA kebersihan juga diri anda...kadng tu orng tu tak persaan kaki busuk..mukin dah biasa gitu

    ReplyDelete
  4. Paling tak tahanlaa kalau terbau busuk bila orang bukak kasut. Hahaha kadang nak menangis rasa

    ReplyDelete
  5. Kalau kaki berbau petanda kena buat detox ni.hihi

    ReplyDelete
  6. Busukny kalau kaki berbau. Baik detok dulu. Elak kawan-kawan lari

    ReplyDelete
  7. Tq tipsnyaaa. Memang sandi ni kalau kaki berbau. Segan gila mau buka kasut 🤣

    ReplyDelete