Thursday 20 April 2017

KENCING MANIS ATAU DIABETES PART1

Buku ni Cik Bulan beli tahun lalu lagi tapi belum habis baca ponnnnn. But i tell youu, buku 'APABILA DIETITIAN BERCERITA' oleh Lily Moha dan Ruqayayah Muhd ini memang best, thumbs up! Cara penulis menyampaikan cerita itu sangatlah mudah difahami, disampaikan dengan cara in layman's terms gitewwww~~

So ada eloknya Cik Bulan kongsikan serba sedikit ilmu yang sempat disedut sepanjang menelaah buku ini. Ok, soalan untuk para pembaca (itu pun kalau ada yang sudi membaca lah) pernahkah soalan serupa begini keluar dari minda tuan2 dan puan2 memasing, 'kenapa saya masih lapar walaupun sudah makan???'

Jawapan:-
* Salah satu puncanya adalah rintangan insulin dimana insulin tidak mampu berkerja dengan baik walaupun dihasilkan.
* Sekiranya kita mengambil karbohidrat terutamanya dari jenis gula ringkas dalam masa yang sama dan menyebabkan gula berkumpul banyak dalam darah, maka ianya meransang penghasilan insulin dalam badan.
*Walaupun insulin dikeluarkan, tetali paras gula masih tidak berkurangan.Maka insulin keluar lebih banyak lagi menyebabkan gula turun secara mendadak.
*Apabila gula turun secara mendadak, ianya membuatkan kita rasa letih dan lapar sekaligus. Maka kita akan mengambil snack, minuman manis ataupun makan lebih banyak lagi.
*Selepas itu, gula pun akan sekali lagi mendadak naik dalam badan. Insulin yang dikeluarkan secara normal tidak mampu berkerja dengan baik menyebabkan paras gula tinggi dalam badan itu kekal yang mana merangsang penghasilan insulin yang lebih tinggi lagi sekali lagi.
*Insulin yang tinggi itu akan menurunkan paras gula secara mendadak sekali lagi dan kita pun merasa lapar sekali lagi. Pusingan berterusan.

Kesimpulannya, pusingan itu tetap berputar tiada penghujung selagi kita tidak mengubah cara pemakanan kita. Lama kelamaan akan menjadi tabiat dan menuju ke arah masalah kencing manis atau diabetes. Pusingan kelaparan ini boleh diberhentikan dengan mengawal pengambilan karbohidrat, manisan atau gula dalam pemakanan.

Sekian, semoga bermanfaat.

With Luv,
Cik Bulan

No comments:

Post a Comment